Presiden Xi Jinping Akan Tiba di San Francisco

2023-11-15 04:50:39  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping akan tiba di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) dengan menaiki kapal terbang khas pada petang 14 November waktu tempatan. 

Beliau dijadual akan menghadiri Pertemuan Pemimpin China-AS dan Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 pada 14 hingga 17 November.

Lawatan Xi adalah atas undangan Presiden Joe Biden.