Xi Tiba di San Francisco, Bakal Bertemu Biden
Presiden China Xi Jinping tiba di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) dengan menaiki kapal terbang khas pada petang 14 November waktu tempatan.
Atas undangan Presiden AS Joe Biden, Xi Jinping akan menyertai Pertemuan Pemimpin China-AS, dan menghadiri Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30.
Ketibaan Presiden Xi disambut oleh Gabenor California Gavin Newsom, Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen, dan wakil-wakil AS di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.
Ramai perantau China, keturunan Cina tempatan, dan pelajar China yang menuntut di AS berada di tepi jalan, mengibarkan bendera kebangsaan China dan AS, sebagai menyambut lawatan Presiden Xi.