Xi: Persaingan Kuasa Besar Tidak Selari dengan Arus Zaman dan Tidak Dapat Tangani Masalah yang Dihadapi

2023-11-16 11:14:01  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat(AS), Joe Biden di Estet Filoli, San Francisco AS pada pagi 15 November waktu tempatan.


Presiden Xi berkata, perkembangan hubungan China-AS bukan sentiasa berjalan lancar dalam tempoh lebih 50 tahun yang lalu, sebaliknya berkembang ke hadapan secara berliku-liku yang pernah menghadapi bermacam-macam masalah.


"Sebagai dua kuasa besar, kedua-dua negara ini mustahil tidak melakukan pergaulan atau berniat untuk mengubah pihak yang lain, dan kedua-dua negara ini tidak boleh menanggung akibat konflik dan konfrontasi," kata Xi.

 

Xi menegaskan, persaingan antara kuasa besar tidak selari dengan arus zaman dan tidak dapat menangani masalah yang dihadapi oleh China dan AS, bahkan dunia.

 

"Bumi ini dapat menampung China dan AS, dan kejayaan yang dicapai negara masing-masing merupakan peluang antara satu sama lain.


"China dan AS berbeza dari segi sejarah, kebudayaan, sistem sosial, dan laluan pembangunan, namun, asal saja kedua-dua pihak berpegang kepada sikap saling menghormati, wujud bersama secara damai dan kerjasama bagi situasi sama menang, kedua-dua negara dipercayai dapat mengatasi perbezaan dan mendapat kaedah pergaulan yang tepat. Saya yakin, masa depan hubungan China-AS adalah cerah," kata Xi.