Artikel Xi Mengenai Pembinaan Tamadun Ekologi Diterbitkan

2023-11-16 11:33:04  CRI
Share with:

Majalah Qiushi edisi 16 November menerbitkan satu artikel yang ditulis oleh Xi Jinping, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, yang bertajuk "Beberapa Hubungan Penting yang Perlu Ditangani dengan Baik dalam Memacu Pembangunan Tamadun Ekologi".

Xi dalam artikel itu menekankan bahawa setelah membuat kesimpulan mengenai pengalaman praktikal dalam sedekad lalu dan menganalisis situasi dan masalah baharu pada masa ini, hendaklah terus memacu pembangunan tamadun ekonologi yang berpandukan fahaman sosialis bercirikan China pada era baharu dan menangani dengan baik beberapa hubungan penting.

"Perlindungan alam sekitar yang pantas merupakan penyangga besar bagi pembangunan yang berkualiti tinggi, sedangkan pembangunan yang berkualiti tinggi yang mesra alam, hijau dan karbon rendah tidak terlepas dari perlindungan yang pantas terhadap alam sekitar," ujar Xi.  

Isu lain yang disentuh adalah hubungan antara sasaran bidangan utama dengan pengendalian yang bersepadu, restorasi semula jadi dengan restorasi buatan, pemantauan pihak berkuasa dengan inisiatif impak sosial, komitmen tentang matlamat penyahkarbonan dan peneutralan karbon dengan tindakan mandiri.

Tambah beliau, China perlu mempercepat langkah dalam membentuk sistem sumber tenaga alternatif demi memastikan kelangsungan dan keselamatan dalam penggunaan sumber tenaga, dan giat menyertai tadbir urus iklim sejagat.