Xi: Peneraju Perkembangan Hubungan China-AS Diharap Pikul Tanggungjawab terhadap Rakyat, Dunia dan Sejarah

2023-11-16 11:24:26  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat(AS), Joe Biden di Estet Filoli, San Francisco AS pada pagi 15 November waktu tempatan.


Presiden Xi berkata, beliau dan Presiden Biden menerajui perkembangan hubungan China-AS, dan  bersama-sama memikul tanggungjawab terhadap rakyat, dunia, dan sejarah.

"Saya berharap dapat bertukar-tukar pandangan secara mendalam dengan Presiden Biden mengenai isu-isu hubungan bilateral yang bersifat strategik, komprehensif dan menggariskan hala tuju perkembangan, serta isu-isu utama yang berkaitan dengan keamanan dan pembangunan dunia demi mencapai konsensus baharu," kata beliau.