BDS Mula Digunakan untuk Penerbangan Awam Antarabangsa

2023-11-16 12:12:16  CRI
Share with:

Pindaan terkini terhadap lampiran No.10 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa yang mengandungi piawaian dan saranan Sistem Satelit Pengemudian Beidou (BDS) mula berkuatkuasa baru-baru ini, menandakan BDS tersenarai dalam Pertubuhan penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) secara rasmi sekaligus menjadi sistem pengemudian satelit untuk kegunaan penerbangan awam dalam senario global.

Dimaklumkan, BDS buatan China yang menumpu kepada keselamatan wilayah dan pembangunan sosioekonomi domestik merupakan sistem pengemudian satelit kendalian China secara mandiri, dan juga salah satu daripada empat sistem pengemudian satelit global yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dengan  menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 200 buah negara dan rantau.