"Reset" Hubungan China-AS demi Kebaikan Semua, Kata Majid

2023-11-16 19:01:25  CRI
Share with:

 


Dunia ini tidak boleh maju atau berjalan lancar kalau tidak ada kerjasama antara Amerika Syarikat (AS) dengan China. Kuasa ekonomi nombor satu dan nombor dua mesti bekerjasama.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China Dato’ Abdul Majid Bin Ahmad Khan ketika ditemu bual oleh wartawan Kumpulan Media China (CMG) di Beijing pada Khamis.

“Saya berharap pertemuan Pemimpin China dan AS di San Francisco merupakan titik utama bagi kedua-dua negara ‘reset’ hubungan,” kata beliau.

Dato’ Majid, yang juga bekas Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), menyatakan penyelesaian kebanyakan masalah dunia kini memerlukan kerjasama kedua-dua kuasa besar tersebut, termasuk perubahan iklim, pembangunan sosioekonomi yang tidak seimbangan di dunia, dan pandemik yang mungkin akan datang.

Beliau turut mengulangi pendiriannya yang menentang cantas hubungan antara AS dan China, sebab ini akan melemahkan rantaian bekalan global, dan juga tidak menguntungkan bagi pihak AS.