Diplomat Malaysia Tingkatkan Penguasaan Bahasa Mandarin
Kursus latihan bahasa Mandarin untuk pegawai Kementerian Luar Negeri Malaysia berakhir pada 16 November, dengan upacara penutup diadakan di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, Kementerian Luar Negeri Malaysia pada Khamis.
Sebanyak 34 pegawai dari kementerian telah menerima sijil kursus latihan tersebut.
Ketua Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, Dato' Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, ketika berucuap pada upacara itu menyatakan bahawa seiring dengan peningkatan pengaruh China di arena antarabangsa, bahasa Mandarin sudah menjadi bahasa perantaraan yang digunakan di seluruhh dunia. Kementerian Luar Negeri mengadakan kursus latihan bahasa Mandari untuk julung kali ini adalah untuk menggalakkan para diplomat dan penjawat awam untuk membelajari bahasa Mandarin, supaya dapat menggunakan bahasa ini sebagai bahasa kerja dalam komunikasi dengan komuniti tempatan dan asing.
Konsul Pendidikan Kedutaan Besar China di Malaysia, Zhao Changtao menyatakan bahawa kursus latihan ini merupakan jendela penting bagi pegawai kerajaan Malaysia untuk memahami rakyat China, dan budaya China.
Beliau berkata, sejajar dengan hubungan Malaysia-China yang semakin rapat, kerjasama dan pertukaran dalam bidang bahasa antara kedua-dua negara juga semakin meningkat. Sebanyak 16 institusi pengajian tinggi (IPT) di China telah membuka jurusan pengajian bahasa Melayu, atau melakukan pengajian bahasa Melayu, memainkan peranan penting dalam mempromosikan interaksi politik, ekonomi, dan budaya antara kedua-dua negara.
Pengerusi Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Dato' Goh Hin San ketika berucap dalam upacara itu berkata, pembukaan kursus latihan bahasa Mandarin untuk penjawat awam di Malaysia amat penting bagi meningkatkan hubungan kedua-dua negara, bahkan hubungan antara komuniti Cina dengan komuniti Melayu tempatan.