Dialog Bersahabat Pertukaran Sosiobudaya China-AS Diadakan di San Francisco

2023-11-17 18:26:50  CRI
Share with:


"Dialog Bersahabat Pertukaran Sosiobudaya China-AS" anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Persatuan Pertukaran Pelajar Belia AS-China telah diadakan di San Francisco, AS pada 16 November waktu tempatan.

Dalam aktiviti tersebut, Presiden CMG, Shen Haixiong berkata, menurut Presiden Xi, perkembangan hubungan China-AS bergantung pada  rakyat yang disifatkan sebagai pencetus sinaran harapan, dasar kukuh di peringkat akar umbi, golongan muda yang mencipta masa depan dan pertukaran daerah yang rancak. Hendaklah menjana inisiatif impak sosial untuk mengembangkan hubungan kedua-dua negara dengan baik.

John Easter-brook mengucapkan terima kasih kepada Presiden Xi atas sokongannya terhadap aktiviti interaksi di kalangan rakyat antara kedua-dua negara, dan berharap pertukaran sosiobudaya kedua-dua negara dapat berkembang maju di bawah pimpinan Presiden Xi.

Semasa berlangsungnya aktivit tersebut, CMG telah menukar MOU kerjasama dengan Persatuan Pertukaran Pelajar Belia AS-China, Tabung Warisan Penerbangan AS-China dan Tabung Helen Foster Snow untuk menjalankan kerjasama dalam bidang kebudayaan, kewartawanan dan pendidikan yang dilihat boleh mencetuskan momentum baharu terhadap interaksi sosiobudaya China-AS.