Xi Bertemu Dengan Sultan Brunei

2023-11-17 12:09:18  CRI
Share with:


Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada petang 16 November waktu tempatan.

Xi berkata, hubungan persahabatan China-Brunei mempunyai sejarah yang lama. Kedua-dua negara merupakan jiran baik dan rakan yang saling menyokong dan boleh dipercayai antara satu sama lain. Sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada lebih 30 tahun yang lalu, kedua-dua pihak berturut-turut memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, giat meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan masing-masing dan mencapai hasil yang melimpah dalam kerjasama pelbagai bidang. 

"Kedua-dua negara mengekalkan koordinasi baik dalam menangani urusan antarabangsa dan serantau, dan boleh diteladani negara lain baik yang besar mahun yang kecil dari segi kesamarataan dan kerjasama yang saling menguntungkan. Ini juga menyumbang kepada kedamaian, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan serantau. 

"Tahun ini merupakan ulang tahun kelima Perkongsian Strategik  China-Brunei. China bersedia bersama Brunei untuk menggalakkan hubungan dua hala terus berkembang maju, dan mendorong pembinaan bersama yang bermutu tinggi di bawah Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, " kata Xi.