Hadiah Khas Pelajar AS Untuk Pasangan Presiden China

2023-11-17 16:12:43  CRI
Share with:

Pelajar dari kumpulan koir Tacoma's Lincoln High School, Washington, Amerika Syarikat (AS) memberikan karya lukisan yang dihasilkan mereka sendiri kepada Presiden Xi Jinping dan isterinya Peng Liyuan, sambil mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Peng Liyuan, menyerahkan kad hari jadi dan menyanyikan lagu korus.

Hadiah tersebut diterima oleh presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong bagi pihak Presiden China dan isterinya dalam aktiviti yang bertemakan "Dialog Bersahabat Pertukaran Sosiobudaya China-AS" anjuran bersama CMG dan beberapa pertubuhan AS yang melibatkan Persatuan Pertukaran Belia dan Pelajar AS-China di San Francisco, AS pada 16 November waktu tempatan. 

Wakil pelajar Tacoma's Lincoln High School, Montserrat Romero-Rocha berkata, mereka amat gembira apabila menonton video berhubung lawatan Presiden Xi Jinping dan isterinya Peng Liyuan ke sekolah mereka pada lapan tahun lalu. Gambaran dalam video tersebut memperlihatkan sikap muhibah dan mesra pasangan Xi ketika menyanyikan lagu-lagu China bersama pelajar tempatan.