China dan Malaysia Mahu Perluaskan Perdagangan Pertanian

2023-11-17 13:44:25  CRI
Share with:

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Naib Perdana Menteri, Liu Guozhong ditemui Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof di Beijing pada Khamis.

Liu menyatakan bahawa Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim telah mencapai konsensus tentang membina bersama komuniti berkongsi nasib China-Malaysia pada tahun ini, yang dilihat berjaya menggariskan cetak biru untuk mengembangkan hubungan dua hala pada era baharu. China dan Malaysia mempunyai sumber pertanian dan perikanan yang kaya dan bersifat saling melengkapi, kedua-dua pihak sepatutnya mengeratkan komunikasi mengenai pelaksanaan dasar masing-masing, terus memperlus perdagangan pertanian, merancakkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang yang melibatkan keselamatan makanan di samping memperkasakan kerjasama pembasmian kemiskinan demi kesejahteraan rakyat.

Fadillah pula menyatakan bahawa Malaysia bersedia bersama China bertindak pantas dalam memperhalusi kerjasama yang melibatkan pelbagai bidang untuk mendorong hubungan dua hala berkembang ke tahap baharu.