AS Batalkan Sekatannya terhadap IFSC

2023-11-17 13:52:07  CRI
Share with:

Institut Sains Forensik China (IFSC) di bawah Kementerian Keselamatan Awam (termasuk alamat Makmal Dadah Kebangsaan) ditarik keluar oleh Amerika Syarikat (AS) dari "senarai entiti" sekatannya pada malam semalam.

Menurut pengumuman dari Washington, perintah tentang pembatalan sekatan berkenaan berkuatkuasa bermula malam 16 November.