Jalinkan Hubungan Bersahabat dan Meneroka Masa Depan yang Makmur

2023-11-17 02:33:53  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri majlis jamuan alau-aluan yang dihoskan pertubuhan persahabatan Amerika Syarikat(AS) serta menyampaikan ucapan di San Francisco pada malam 15 November waktu tempatan.
Xi menyatakan, zaman kita ini bukan sahaja dipenuhi cabaran dan perubahan, tetapi juga harapan.
“Kerjasama China dan AS diperlukan untuk masa depan dunia. Kerjasama dan situasi sama menang merupakan arus pembangunan zaman ini, dan juga perlunya menjadi asas hubungan China-AS,” kata Xi.
Ucapan Presiden Xi tersebut mendapat sambutan hangat daripada para hadirin.

Para tetamu dan tokoh-tokoh yang bersahabat menyatakan, ucapan yang disampaikan Presiden Xi Jinping menunjukkan sikap persahabatan kepada rakyat AS, dan turut membawa makna sejarah yang luar biasa. Kedua-dua negara perlu mengintensifkan komunikasi dan dialog untuk meneroka masa depan yang makmur bersama.