Pembangunan Lestari, “Kunci Emas” bagi Penyelesaian Masalah Sejagat -- Xi

2023-11-17 14:22:25  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menghadiri sidang dialog tidak rasmi sempena jamuan tengahari kerja untuk pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)  dan perwakilan dari pihak tuan rumah di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis waktu tempatan.

Xi mengatakan, pembangunan lestari merupakan “kunci emas” bagi penyelesaian masalah sejagat pada masa ini, dan masyarakat antarabangsa perlu mencetuskan lebih banyak penggerak bagi pembangunan lestari dalam senario global. Beliau turut mengemukakan tiga cadangan, iaitu memperkasakan agenda pembangunan berterusan 2030 Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), membina laluan baharu transformasi pembangunan hijau, dan menjana inisiatif impak sosial dalam menghadapi perubahan iklim.

"China giat mengamalkan konsep pembangunan baharu, mendorong transformasi sosioekonomi ke arah yang mesra alam dan rendah karbon secara komprehensif, dan bertindak konsisten menyumbang kepada pembinaan bersama di Bumi yang harmoni untuk manusia dan alam hidup bersama," ujar Xi.

"China mendorong pembinaan dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang mesra alam, memperkasakan secara berterusan kerjasama dalam bidang pembinaan prasarana hijau, sumber tenaga hijau dan lalu lintas mesra alam, menubuhkan dana khas Kerjasama Selatan-Selatan bagi menghadapi perubahan iklim serta menyokong negara-negara membangun meningkatkan keupayaan yang terbabit," tambah beliau.

Sidang dialog yang bertema “kelestarian, perubahan iklim dan tranformasi penggunaan sumber tenaga yang adil” tersebut dipengerusikan oleh Presiden AS Joe Biden.