Persidangan China-ASEAN mengenai Kesihatan Fizikal Rakyat

2023-11-18 14:27:08  CRI
Share with:

Persidangan Antarabangsa China-ASEAN mengenai Kesihatan Fizikal Rakyat diadakan julung kalinya di Ningbo, provinsi Zhejiang China pada Jumaat.

Dalam majlis perasmian berkenaan, Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China, Liu Guoyong berkata, Sidang Menteri Sukan China-ASEAN buat pertama kalinya diadakan di Chiangmai Thailand pada bulan September lalu, dan turut menyaksikan termeterainya konsensus tentang menjalankan kerjasama dan menggalakkan pertukaran sosiobudaya melalui sukan. Persidangam akademik di Ningbo sekarang ini berperanan melaksanakan konsensus yang tercapai, yang juga merupakan satu langkah yang substantif untuk merancakkan kerjasama dalam bidang kesihatan fizikal rakyat di peringkat kebangsaan. 

Persidangan yang bertemakan "Memacu kesalinghubungan, kerjasama dan perkongsian untuk meningkatkan kesihatan fizikal" tersebut, bertujuan memperincikan kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN dalam bidang kesihatan fizikal rakyat dan peningkatan kesihatan melalui aktiviti sukan. 

Turut hadir, hampir 200 orang termasuk pegawai jabatan berkanaan dan pakar penyelidikan sains mengenai sukan daripada 10 buah negara ASEAN dan wakil jabatan sukan, pakar dan juruteknik dari 31 buah provinsi dan bandar China.