Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-30 Labuh Tirai

2023-11-18 14:31:25  CRI
Share with:

Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Ekonomi APEC Ke-30 melabuh tirainya dalam Puast Moscone di bandar San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada 17 November waktu tempatan. 

Perisytiharan San Francisco Pemimpin APEC 2023 yang dikeluarkan mesyuarat tersebut menekankan bahawa APEC perlu terus meneroka potensi yang besar dan mencetuskan momentum yang kuat di rantau ini melalui aplikasi teknologi dan kemajuan ekonomi untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi serta menyahut semua cabaran dalam bidang alam sekitar termasuk perubahan iklim.

Pengerusi giliran APEC bagi tahun 2024 adalah Peru.