China, Malaysia Ikrar Memacu Pembinaan Bersama BRI

2023-11-18 13:51:24  CRI
Share with:

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Naib Perdana Menteri, Ding Xuexiang ditemui Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof di Beijing pada Jumaat.

Ding menyatakan bahawa persabahatan China-Malaysia mempunyai sejarah yang panjang dan hubungan dua hala berkembang dengan sihat dan stabil sejak sekian lama. Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim telah mencapai konsensus tentang pembinaan bersama Komuniti Berkongsi Nasib China-Malaysia pada bulan Mac lalu, yang dilihat berjaya menggariskan hala tuju untuk mengembangkan hubungan dua hala pada masa depan. 

Menurut Ding, tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 terjalinnya Perkongsian Strategik Komprehensif China-Malaysia, dan tahun depan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik yang akan disambut kedua-dua negara. China bersedia bersama Malaysia terus memperkukuh persahabatan tradisional, memacu pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI),  dan bertindak pantas memperkasa kerjasama pelbagai bidang untuk membawa manfaat kepada kedua-dua negara demi kesejahteraan rakyat.

Fadillah pula menyatakan bahawa Malaysia dan China mempunyai keserasian yang tinggi dalam mengamalkan konsep pembangunan. Malaysia menyokong teguh pembinaan bersama dalam kerangka BRI, bersedia bersama China mengeratkan pertukaran sosiobudaya, serta mengintensifkan kerjasama dalam bidang pertanian, ekonomi dan perdagangan supaya dapat membina hubungan bilateral yang lebih kukuh.