Bertindak Laksanakan "Wawasan San Fransico”

2023-11-18 16:35:45  CRI
Share with:


Tapak peranginan Estet Filoli di San Fransico Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan seluruh dunia pada 15 November yang lalu.

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari AS, Joe Biden telah mengadakan perbincangan selama hampir 4 jam di situ.

Dalam masa 4 jam itu, kedua-dua pihak telah mencapai lebih 20 konsensus dalam bidang diplomatik, politik, interaksi sosiobudaya, tadbir urus global dan keselamatan ketenteraan, dan menggariskan "Wawasan San Francisco" untuk menghadapi masa depan, menegaskan hala tuju dalam memperbaiki dan mendorong hubungan China-AS, sekali gus menambah elemen positif dan stabil kepada dunia yang berada dalam pergolakan yang berkecamuk dan kompleks.

BBC membuat laporannya dengan menyebut "sidang kemuncak pemimpin China-AS edisi ini mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek."

Apakah "Wawasan San Francisco"? China membuat tafsiran yang jelas dengan "lima tonggak" dalam hubungan China-AS yang berdasarkan usaha bersama, dan menganggap kedua-dua negara perlu bersama-sama membina keinsafan yang tepat, berhemah mengawal perselisihan, mendorong kerjasama yang saling menguntungkan, memikul tanggungjawab yang serasi dengan negara kuasa besar dan mempergiat interaksi sosiobudaya.

Dalam pertemuan dengan Joe Biden, Xi telah menafsirkan secara mendalam terhadap prospek pembangunan dan matlamat strategik China. Dalam isu Taiwan, China menggesa AS mematuhi prinsip Satu China, menentang "kemerdekaan Taiwan" dan berhenti menyediakan senjata kepada Taiwan, sebaliknya menyokong penyatuan China secara damai AS pula menegaskan semula limat komitmen yang pernah dibuatnya semasa pertemuan pemimpin di Pulau Bali dan menyatakan "China yang stabil dan berkembang selaras dengan kepentingan AS dan dunia". 

Adalah diharapkan bahawa AS bukan yang janji kosong.

Pelaksanaan "Wawasan San Francisco" memerlukan China dan AS berhemah mengawal perselisihan.

Pada masa yang sama, China mengeluarkan perhatian terhadap beberapa hal kunci, misalnya menentang AS menjalankan tindakan kawalan pengeksportan, penyiasatan pelaburan dan sekatan sepihak. 

Adalah diharapkan juga bahawa AS menunaikan janjinya yang berbunyi bahawa pihaknya berbesar hati melihat China berkembang ke arah yang makmur, tidak menghalang dan menyekat pembangunan China serta tidak berminat untuk melepaskan kaitan dengan China.

Rakyat China mempunyai hak dan kepentingan untuk mengejar kehidupan yang baik, manakala sebarang kuasa luar ditakdir gagal jika mahu menghalang pembangunan China.

Sementara itu, China berharap agar menambah jumlah penerbangan antara kedua-dua negara, mendorong kerjasama pelancongan, memperluas pertukaran daerah, meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan dan hal ehwal Orang Kelainan Upaya (OKU). AS pula mengatakan bersedia menambah penerbangan langsung antara kedua-dua negara, memperluas interaksi pendidikan, sains, teknologi dan pertukaran keanggotaan. 

Jika kesemua langkah tersebut dapat dilaksanakan, hubungan China-AS dijangka akan mempunyai dasar yang lebih kukuh dan boleh berkembang dengan sihat sehingga mencetuskan lebih banyak momentum bagi meningkatkan kerjasama dan memupuk rasa saling percaya antara kedua-dua negara.