Xi Hantar Utusan Khas Hadir Majlis Angkat Sumpah Presiden Maldives

2023-11-19 16:45:21  CRI
Share with:

Atas undangan Presiden Maldives Muizzu, Presiden China Xi Jinping telah menghantar utusan khasnya, Chen Yiqin menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Presiden Mohamed Muizzu di Male, ibu kota negara itu Jumaat lalu. 

Ketika menemui Muizzu di Jabatan Presiden Maldives semalam, Chen telah menyampaikan tahniah dan salam daripada Presiden Xi. 

Menurut Chen, China mengambil berat terhadap hubungan persahabatan dengan Maldives, bersedia bersama-sama melaksankan arahan politik peringkat tinggi, meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan masing-masing, memperluas kerjasama dan interaksi dalam pelbagai bidang, dan mendorong pembinaan bersama yang berkualiti tinggi dalam kerangka Inisaitif Jalur dan Laluan (BRI) demi membentuk landskap baharu dalam hubungan rakan kerjasama persahabatan komprehensif yang menuju ke masa hadapan.

Muizzu pula mengucapkan terima kasih kepada Presiden Xi yang menghantar utusan khas untuk menghadiri upacara tersebut. Menurut beliau, pihaknya akan terus mengamalkan prinsip Satu China, berusaha memacu pembinaan bersama BRI dan kerjasama  pelbagai bidang di samping berharap berganding bahu membuka satu lembaran baharu dalam hubungan kedua-dua negara.