Apa Laluan Pembangunan Asia Pasifik untuk Tiga Dekad Kelak?

2023-11-19 15:57:03  CRI
Share with:

Dalam Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Ekonomi APEC Ke-30 di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada 17 November waktu tempatan, Presiden China, Xi Jinping menyeru agar menggalakkan pertumbuhan berkualiti tinggi di rantau Asia Pasifik, dan memberi komitmen akan membekalkan peluang baharu kepada modenisasi pelbagai negara di dunia menerusi modenisasi ala China.

Dalam tempoh tiga puluh tahun yang lalu, dunia ini sudah mengalami perubahan yang drastik. Asia Pasifik telah menjadi enjin yang paling dinamik bagi pertumbuhan ekonomi dalam senario global, walaupun masih menghadapi cabaran yang pelbagai seperti anti-globalisasi, pembangunan tidak seimbang, pencaturan geopolitik dan perubahan iklim, dan terkesan dalam pelaksanaan plot suatu negara kuasa besar yang menggembar-gemburkan "cantas hubungan" dan konfrontasi blok. Dalam konteks ini, ucaptama Xi yang bertajuk "Kekalkan Inspirasi, Berganding Bahu dan Bekerjasama untuk Menggalakkan Pertumbuhan Berkualiti Tinggi di Rantau Asia Pasifik" selaras dengan kedudukan rantau, sejajar dengan arus zaman, dan menggambarkan hasrat rakyat.

Merealisasikan "pertumbuhan berkualiti tinggi" memerlukan keinsafan yang jelas tentang trend dan titik berat perkembangan ekonomi bagi masa depan. Sehubungan itu, Xi telah menekankan "pacuan inovasi" dan "pembangunan hijau" ketika menggariskan hala tuju bagi kerjasama serantau. Sejumlah inisiatif China tentang pembangunan kampung berorientasikan pendigitalan dan identiti digital perusahaan, pertanian hijau, bandar lestari dan transformasi tenaga karbon rendah akan menjadi kondusfi bagi pembangunan di rantau Asia Pasifik.

Bagaimanapun, "pertumbuhan berkualiti tinggi" memerlukan penyelarasan dan kerjasama negara kuasa besar yang sudi memikul tanggungjawab memelihara kestabilan perindustrian dan pembekalan global, serta memainkan peranan teladan ketika menangani cabaran global. Justeru, pertemuan antara pemimpin China dengan Amerika Syarikat telah menyaksikan tercapainya hasilan terbabit, terutamanya dalam bidang kerjasama menghadapi perubahan iklim. Pembangunan hijau berkemungkinan akan menjadi komponen yang rancak dalam kerjasama APEC untuk suatu masa yang akan datang.