Teruskan Cerita Persahabatan antara Rakyat China-AS di San Francisco

2023-11-19 16:51:14  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan dalam jamuan alu-aluan anjuran bersama pelbagai persatuan persahabatan di AS pada malam 15 November waktu tempatan berulang kali menekankan peranan penting rakyat dalam menggalakkan perkembangan hubungan dua hala, dan ucapannya turut mendapat tepukan tangan yang hangat daripada para hadirin.

Dalam tempoh beberapa bulan lalu, Presiden Xi telah ditemui Bill Gates, pengerusi bersama Yayasan Bill & Melinda Gates, bekas Setiausaha Negara A.S. Kissinger dan tokoh-tokoh AS dari kalangan lain, mengutus surat tahniah kepada Forum Persahabatan Rakyat China-AS, dan membalas surat dari Pengerusi SAAHF, askar veteran AS dan Presiden Orkestra Philadelphia. Pertemuan dan surat tersebut telah menyemai benih harapan untuk pertukaran dan lawatan di kalangan rakyat kedua-dua negara.

Antara konsensus dicapai pemimpin China dan AS kali ini termasuk langkah-langkah untuk memudahkan pertukaran lawatan rakyat, termasuk menambah perkhidmatan penerbangan bermula awal tahun depan, menganjurkan dialog pelancongan peringkat tinggi dan memudahkan proses permohonan visa.

Walaupun kerajaan AS pernah mengheboh-hebohkan “cantus hubungan” dan “mengelakkan risiko”, tetapi aktiviti ekonomi dan perdagangan di kalangan rakyat China-AS kekal rancak. Perdagangan dua hala meningkat 0.6% dengan mencatat USD759.43 bilion (RM3.55 trilion) pada tahun 2022, iaitu satu rekod baharu dalam sejarah. Manakala, dalam Ekspo Import Antarabangsa Chine ke-6 (CIIE) yang baru berakhir, AS telah menghantar satu rombongan pempamer yang skopnya paling besar. Ekspo Rantaian China yang bertemakan rantaian bekalan yang segera akan membuka tirainya, juga akan menyaksikan penglibatan syarikat AS yang paling banyak dalam kelompok pempamer asing yang terdaftar.

Pertukaran lawatan sosiobudaya merupakan “pemangkin” hubungan China dan AS, yang juga berperanan sebagai jambatan yang boleh membantu rakyat kedua-dua negara saling mengenali hati budi. Dalam siri lawatan kali ini, China mengumumkan akan mengundang 50,000 orang muda AS datang ke China untuk menjalankan pertukaran lawatan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Asas hubungan dua negara berakar di kalangan rakyat dan masa depan terletak pada golongan belia. Kedinamikannya pula lahir daripada pertukaran dan kerjasama di peringkat daerah.” San Francisco yang pernah menyaksikan sejarah pertukaran antara rakyat kedua-dua negara, akan terus menyaksikan satu permulaan yang baharu. Di tengah-tengah situasi semasa yang penuh dengan pergolakan, hasrat rakyat China dan AS untuk menjalankan pertukaran dan kerjasama kekal kuat.