Pertandingan SUP Terbuka China-ASEAN 2023 di Nanning

2023-11-20 14:10:52  CRI
Share with:

Pertandingan SUP Terbuka China-ASEAN 2023 membuka tirai di sekitar jeti Minsheng, bandar Nanning, wilayah Guangxi China pada Ahad. 

Lebih 200 atlet dari China dan negara-negara ASEAN menyertai pertandingan, di samping mempersembahkan pertunjukan sukan akuatik yang mempesona kepada penduduk tempatan.

Pertandingan itu terdiri empat kumpulan, iaitu kumpulan terbuka, kumpulan bandar hijau, kumpulan pemuda dan belia U12, serta U15. Antaranya, kumpulan bandar hijau mengkhususkan kepada penduduk bandar Nanning.