Alu-alu Remaja AS Lawat China, Rancak Interaksi Sesama Rakyat

2023-11-20 15:23:56  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden di San Francisco, di samping menghadiri Mesyuarat ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 14 hingga 17 November.

Ketika meluangkan masa menghadiri majlis makan malam anjuran pertubuhan persahabatan AS, Xi dalam ucapannya menyifatkan cerita hubungan China-AS ditulis oleh rakyat.

Selepas ambil tahu tentang kehadiran Xi di AS, para pelajar dari Sekolah Tinggi Lincoln di negeri Washington menyiapkan hadiah lukisan khusus untuk Presiden Xi dan isteri Peng Liyuan.

Ikatan persahabatan antara Xi dengan Sekolah Tinggi Lincoln dijalin pada 1993.

Pada ketika itu, beliau yang memegang jawatan Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) di bandar Fuzhou, pernah melawat ke Tacoma dan sekolah tinggi itu.

Semasa lawatan di AS pada 23 September 2015, Presiden Xi menjejak kaki semula ke sekolah berkenaan.

Presiden itu membawa kejutan dengan menjemput seramai 100 orang pelajar melawat China.

Sempena lawatan kali ini, Xi mengumumkan bahawa China bersedia menjemput 50,000 remaja AS untuk datang ke China dalam tempoh lima tahun akan datang, sebagai usaha merancakkan interaksi dalam kalangan rakyat terutamanya golongan muda.