Lebih 14,400 Maut Akibat Konflik Palestin-Israel

2023-11-20 14:29:20  CRI
Share with:

Lebih 14,400 orang maut akibat konflik antara Palestin dengan Israel kali ini. Antaranya, lebih 13,000 kematian direkodkan di Genting Gaza, 215 di Tebing Barat, dan kira-kira 1,200 di Israel.

Pihak tentera Israel pada Ahad menyatakan, pihaknya melancarkan serangan besar-besaran terhadap sasaran Hamas di Genting Gaza dari darat, udara dan laut pada Sabtu hingga Ahad.

Selain itu, Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat (AS), Michael Herzog ketika diwawancara media tempatan mengatakan, sebahagian individu yang ditahan Hamas kemungkinan dibebaskan dalam beberapa hari terdekat.