Wang Yi, Menteri Luar Arab dan Islam Bincang Isu Palestin

2023-11-21 12:51:26  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi menerika kunjungan delegasi bersama menteri luar negara Arab dan Islam di Beijing pada Isnin. 

Wang Yi berkata, China bersedia berusaha bersama dengan negara-negara Arab dan Islam supaya konflik dan krisis kemanusiaan di Genting Gaza diredakan, tebusan dibebaskan, dan isu Palestin diselesaikan secara komprehensif dan adil secepat mungkin. 

Anggota-anggota delegasi itu menyuarakan harapan agar China memainkan peranan lebih besar untuk menghentikan konflik Palestin-Israel serta menyelesaikan isu Palestin secara adil.  

Delegasi menteri tersebut terdiri Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud, Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Jordan Ayman Safadi, Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry, Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi, Menteri Luar Palestin Riyad Al-Maliki, dan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha.