Laluan Penerbangan Kargo Kashgar-Cologne Dibuka

2023-11-21 13:02:39  CRI
Share with:

Sebuah pesawat kargo Airbus  A340-300 yang membawa 27.43 tan barangan e-dagang rentas sempadan termasuk pinggan mangkuk dan alat tulis berlepas dari Kashgar, wilayah Xinjiang China menuju ke Cologne, Jerman pada Ahad.

Ini merupakan laluan penerbangan kargo carter pertama dari Kashgar ke Cologne, dan juga laluan penerbangan kargo antarabangsa keenam di Kashgar.

Difahamkan, penerbangan pesawat tersebut merupakan penerbangan pertama yang disambung semula sejak penerbangan kargo carter antarabangsa dihentikan di Kashgar pada tahun 2022. 

Setakat ini, lapangan terbang antarabangsa Laining Kashgar telah membuka enam laluan penerbangan kargo antarabangsa, iaitu ke Karachi, Islamabad dan Lahore di Pakistan, Budapest di Hungary, Liege di Belgium dan Cologne di Jerman.