Xi Hadir Sidang Kemuncak BRICS Mengenai Isu Palestin-Israel

2023-11-21 21:18:45  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menghadiri sidang kemuncak video luar biasa BRICS mengenai isu Palestin-Israel dan menyampaikan ucapan penting, di Beijing pada malam Selasa.

Beliau berkata, adalah tepat pada masanya dan amat mustahak bagi negara-negara BRICS untuk melantangkan suara keadilan dan keamanan membabitkan isu Palestin-Israel pada situasi semasa ini.