Pusingan Ketiga Pelepasan Air Tercemar Radioaktif Jepun ke Laut Berakhir

2023-11-21 13:08:30  CRI
Share with:

Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) mengatakan bahawa pihaknya telah menyelesaikan pelepasan air tercemar radioaktif dari loji nuklear Fukushima ke laut untuk pusingan ketiga, pada tengah hari 20 November.

Menurut laporan Perbadanan Penyiaran Jepun (NHK), pelepasan yang dimulakan pada 2 November itu melibatkan 7,753 tan air kumbahan. Pusingan keempat dijangka akan bermula pada awal tahun depan.

Jumlah pelepasan keseluruhan kira-kira 31,200 tan, dan 23,351 tan telah selesai dilepaskan ke laut.