Mesyuarat ke-10 Mekanisme Dialog Parti Pemerintah China-Rusia Diadakan

2023-11-21 12:29:52  CRI
Share with:

Mesyuarat ke-10 Mekanisme Dialog Parti Pemerintah China-Rusia diadakan secara maya pada 20 November. 

Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin masing-masing menzahirkan ucapan tahniah kepada mesyuarat tersebut. 

Xi dalam ucapan tahniahnya menyatakan bahawa hubungan China-Rusia berjaya menempuh ujian perubahan situasi antarabangsa dan mengekalkan perkembangan bertahap tinggi, sekali gus menjadi teladan hubungan negara besar model baharu, dan memperlihatkan nilai strategik yang lebih besar demi mewujudkan pembangunan mapan di dunia. 

China dan Rusia akan menyambut ulang tahun ke-75 jalinan hubungan diplomatik kedua-dua negara. Xi menyatakan bahawa pihak China bersedia bersama-sama pihak Rusia untuk memegang trend sejarah, dengan teguh memajukan hubungan yang bersahabat untuk selama-lamanya, koordinasi strategik komprehensif, dan kerjasama saling menguntungkan, di samping memperkasakan pembangunan dan penjanaan negara masing-masing, sehingga menyumbangkan lebih banyak kestabilan dan tenaga positif kepada dunia. 

Putin dalam perutusannya menyatakan bahawa hubungan perkongsian strategik komprehensif koordinasi antara Rusia dan China berada pada tahap tertinggi dalam sejarah. 

Beliau yakin mesyuarat ke-10 Mekanisme Dialog Parti Pemerintah Rusia-China akan dijalankan dengan penuh bermakna dan konstruktif, serta mendorong kerjasama berhasil antara kedua-dua negara.