Mengapa China Jadi 'Pilihan Wajib' bagi Kalangan Industri dan Perniagaan Dunia?

2023-11-21 15:39:57  CRI
Share with:

"Pilihan seterusnya masih China." Pandangan kalangan industri dan perniagaan ini disebut oleh Presiden China Xi Jinping ketika menghadiri mesyuarat pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco mutakhir ini dan menjadi topik hangat di peringkat global. 

Mengapa China tetap menjadi 'pilihan wajib' bagi kalangan industri dan perniagaan dunia? 

Menurut statistik Institut Global McKinsey, sebanyak 55 bandar dari China disenaraikan sebagai bandar berpendapatan tinggi pada 2020, dan bandar-bandar ini didiami 27 peratus penduduk China. Menurut unjuran, jumlah bandar berpendapatan tinggi di China akan mencapai 93 buah menjelang 2030, didiami 44 peratus penduduk negara ini. Keputusan statistik mendapati bahawa "jika ingin mencari titik pertumbuhan di dunia, jawapannya amat jelas".

Dalam senario dunia berkembang maju dan situasi berubah-ubah, mengapa China tetap menjadi peluang kepada kalangan industri dan perniagaan pada masa akan datang? Tiga "tidak akan berubah" yang ditekankan Presiden Xi dalam mesyuarat APEC baru-baru ini memberikan jawapan.

China merupakan enjin terbesar bagi pertumbuhan ekonomi dunia dan negara ini dijangka akan menyumbang sepertiga daripada pertumbuhan ekonomi dunia tahun ini. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini menaikkan unjuran terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China kepada 5.4 peratus bagi tahun ini. Ekonomi China yang berdaya tahan, berpotensi tinggi dan mampan tidak akan berubah.

Pada masa sama, pasaran gergasi merupakan kelebihan unik China yang diiktiraf oleh dunia. Menurut unjuran, golongan berpendapatan sederhana di negara ini akan bertambah daripada 400 juta kepada 800 juta dalam tempoh 15 tahun akan datang. Memetik kenyataan Pengarah Tabung BlackRock Amerika Syarikat (AS) Zhang Chi, pasaran China adalah mantap dan bermutu tinggi seperti pasaran maju, dan mempunyai potensi berkembang pesat seperti pasaran baru muncul. Oleh itu, pasaran China merupakan sumber tunggal dunia.

Sempena mesyuarat pemimpin APEC kali ini, China mengumumkan beberapa langkah baharu bagi memperkasakan keterbukaan, antaranya termasuk menyempurnakan mekanisme perlindungan hak dan kepentingan pelabur asing, memendekkan senarai negatif akses pelaburan asing, dan sebagainya. Ini memperlihat keazaman China untuk membina iklim perniagaan yang berorientasikan pasaran, undang-undang dan antarabangsa tidak akan berubah, dan dasar menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi yang sama rata kepada pelabur asing tidak akan berubah. Kedua-dua "tidak akan berubah" tersebut memberikan isyarat jelas tentang peningkatan keterbukaan bertaraf tinggi China dan menghapuskan kebimbangan kalangan industri dan perniagaan sejagat.

Mengapa pilihan seterusnya masih China? Tiga "tidak akan berubah" China membawa kemantapan dan kepastian dan ini amat diperlukan oleh dunia, lebih-lebih lagi dalam pergolakan. Seperti pandangan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, China yang kuat dan bersahabat akan memberi kesan positif kepada negara serantau dan dunia.