China, Laos Tingkatkan Kerjasama Media

2023-11-21 13:00:15  CRI
Share with:

Simposium media Jalur dan Laluan China-Laos yang dianjurkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos diadakan di Vientiane pada Isnin. 

Naib Presiden CMG Hu Jinjun ketika berucap pada simposium itu menyatakan bahawa semasa Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan ketiga yang diadakan di Beijing bulan lalu, Presiden Xi Jinping dan Presiden Thongloun Sisoulith telah menandatangani pelan tindakan komuniti berkongsi nasib China-Laos untuk lima tahun akan datang, memberikan panduan kepada pertukaran dan kerjasama media kedua-dua negara.

Beliau berkata CMG bersedia untuk bekerjasama dengan rakan media dari Laos agar memberikan tenaga baharu kepada pembinaan Jalur dan Laluan, dan sumbangan baharu kepada hubungan saling menguntungkan antara kedua-dua negara. 

Para peserta telah mengadakan perbincangan mengenai topik "peranan dan misi media China-Laos dalam pembinaan Jalur dan Laluan". 

Mereka berpendapat bahawa China dan Laos adalah negara jiran yang bersahabat, maka media kedua-dua negara harus mempergiat kerjasama agar memberikan momentum baharu kepada pembinaan Jalur dan Laluan serta mengukuhkan asas persahabatan rakyat kedua-dua negara.