IOC Harap Tingkatkan Kerjasama dengan CMG

2023-11-22 14:24:44  CRI
Share with:

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berharap meningkatkan kerjasama dengan Kumpulan Media China (CMG) untuk mempopularkan konsep kedamaian.

Presiden IOC Thomas Bach menyataan hasrat tersebut dalam surat balasnya kepada Presiden CMG Shen Haixiong baru-baru ini. 

Bach berkata beliau amat gembira menerima kunjungan rombongan CMG di Rumah Olimpik di Lausanne, Switzerland.

Menurutnya, IOC berharap memperkasakan kerjasama dengan CMG, mempopularkan nilai Olimpik kepada rakyat China serta bersama-sama mempopularkan konsep kedamaian dengan memanfaatkan hubungan rakan kongsi antara kedua-dua pihak serta liputan CMG terhadap sukan Olimpik pada masa akan datang.

Untuk rekod, Presiden CMG Shen Haixiong mengetuai rombongan melawat ibu pejabat IOC di Lausanne pada 27 Oktober lalu. Beliau dan Bach mewakili pihak masing-masing menandatangani memorandum kerjasama dan menyaksikan perasmian bata peringatan CMG di Muzium Olimpik. 

Sempena lawatan itu, Bach juga menyampaikan pingat peringatan kedamaian 2023 IOC kepada Shen.