Inap Desa Bertema Ais dan Salji di Xinjiang Jadi Daya Tarikan

2023-11-22 14:58:35  CRI
Share with:

Urumqi, ibu kota wilayah Xinjiang telah memasuki musim ais dan salji yang berlanjutan selama lima bulan. 

Tempat peranginan luncur salji (ski resort) di sekitar Urumqi mula dibuka kepada umum dan inap desa berdekatan turut menawarkan perkhidmatan sehenti 'ski + penginapan' sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Di kaunti Urumqi, terdapat 288 inap desa bertemakan pelancongan ais dan salji yang dikendalikan menerusi model 'perusahaan + petani+ kampung'.

Pada tahun ini, diskaun perbelanjaan sehenti untuk bermain ski turut diperkenalkan kerajaan tempatan bagi menarik kunjungan pelancong.

Urumqi giat mencungkil potensi sumber ais dan salji, memupuk format perniagaan baharu sambil merangsang pertumbuhan ekonomi melalui perkembangan sektor pelancongan ais dan salji.

Karnival dan maraton yang berlangsung sempena musim ais dan salji akan memberi peluang kepada para pengunjung untuk menikmati keindahan musim sejuk di Urumqi serta merasai tarikan sukan ais dan salji.