Tiga Maut Insiden Tembakan di Colorado

2023-11-22 14:36:25  CRI
Share with:

Satu insiden tembakan berlaku di kaunti Custer, Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada kira-kira pukul 1 petang 20 November, mengakibatkan tiga orang terbunuh dan seorang lagi cedera parah. 

Laporan Syarikat Penyiaran Amerika (ABC) pada Isnin memetik polis tempatan sebagai berkata bahawa insiden tembakan itu berpunca daripada pertikaian harta, dan seorang suspek telah ditahan.