Kapal Xuelong-2 Bakal Masuk Perairan Antartika

2023-11-22 14:24:34  CRI
Share with:

Kapal Xuelong-2 yang sedang menjalankan misi ekspedisi saintifik ke Lautan Antartika kali ke-40 China kini sampai ke Pelabuhan Littleton, New Zealand untuk memuat naik bekalan barang keperluan, selepas pelayaran lebih 5,800 batu nautika. 

Selepas itu, pasukan ekspedisi saintifik itu akan meneruskan perjalanan ke perairan Laut Ross di Antartika.

Ekspedisi saintifik ke Lautan Antartika kali ke-40 China itu terdiri tiga kapal, iaitu kapal Xuelong, Xuelong-2 dan kapal kargo Tianhui. 

Xuelong dan Xuelong-2 sebagai kapal ekspedisi saintifik utama dan bertugas untuk membawa kakitangan dan bekalan barang. Manakala kapal kargo Tianhui berfungsi untuk membawa bahan-bahan untuk pembinaan stesen ekspedisi saintifik baharu di kutub selatan.