Xi Ucapkan Tahniah kepada Presiden Baharu Liberia

2023-11-23 14:49:20  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Joseph Nyumah Boakai yang dilantik sebagai Presiden Liberia, pada 21 November.

"Di bawah dorongan anda, pelbagai kalangan di Liberia mencapai konsensus untuk mempertahankan prinsip satu China, dan ini amat dihargai," kata Xi.

Beliau berkata, rakyat kedua-dua negara berganding bahu dalam usaha melawan wabak Ebola dan Covid-19, serta menjalankan kerjasama yang amat berhasil dalam bidang pembangunan sosioekonomi.

"Saya memberi perhatian tinggi terhadap hubungan China dengan Liberia, dan bersedia bekerjasama dengan anda untuk memperdalam persahabatan dan kesalingpercayaan, mengukuhkan kerjasama yang saling menguntungkan, supaya memberikan lebih banyak limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara kita" ujar beliau.