Dua Maut Letupan di Sempadan AS, Kanada

2023-11-23 13:35:49  CRI
Share with:

Insiden letupan berlaku di Jambatan Rainbow yang melintasi Air Terjun Niagara di sempadan Kanada dan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, menyebabkan jambatan itu terpaksa ditutup untuk sementara waktu.

Menurut sumber, letupan itu melibatkan sebuah kenderaan yang melintasi sempadan dari Kanada. 

Fox News dalam laporannya mengatakan bahawa dua orang dalam kenderaan itu meninggal dunia, manakala seorang lagi kakitangan pemeriksaan sempadan AS tercedera. 

Gabenor New York Kathy Hochul dalam ciapan menerusi media sosial berkata kakitangan kerajaan telah berkejar ke tempat kejadian dan akan memberikan bantuan.