Tiga Maut Tanah Runtuh di Alaska

2023-11-23 11:08:54  CRI
Share with:

Kejadian tanah runtuh berlaku di tenggara Alaska, Amerika Syarikat (AS) pada 21 November, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang maut dan tiga lagi masih dilaporkan terhilang. 

Demikian menurut laporan Associated Press (AP) pada 22 November.

Pasukan penyelamat telah menemui mayat seorang remaja dalam operasi mencari awal, sementara pengendali dron menemui dua mayat dewasa.