Xi Ucapkan Tahniah kepada Presiden Baharu Argentina

2023-11-23 16:03:54  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Javier Milei yang dilantik sebagai Presiden baharu Argentina, pada Rabu.

Xi dalam perutusan tahniahnya mengatakan bahawa China dan Argentina merupakan negara membangun besar dan pasaran baru muncul yang penting. Kedua-dua negara ini mengamalkan prinsip saling hormat, sama rata, dan sama menang, serta saling menyokong dalam masalah yang melibatkan kepentingan teras masing-masing. 

Beliau berkata, kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang telah membuahkan hasil dan turut memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Xi menyatakan, beliau bersedia bersama-sama Milei untuk meneruskan hubungan persahabatan kedua-dua negara, mendorong pembangunan dan kemakmuran di negara masing-masing melalui kerjasama saling menang, memajukan hubungan kedua-dua negara supaya membawa lebih banyak kesejahteraan kepada rakyat kedua-dua negara.