BRICS, Dunia Arab dan Islam Sebulat untuk Keadilan Antarabangsa

2023-11-23 15:43:42  CRI
Share with:

“Situasi Palestin-Israel berkembang pada tahap sekarang ini, puncanya adalah hak rakyat Palestin untuk menubuhkan negaranya, hak hidup dan hak untuk balik kampung halaman mereka yang diabaikan sejak sekian lama. Saya telah berulang kali menegaskan, penyelesaian muktamad untuk mengelakkan konflik Palestin-Israel daripada berulang adalah melaksanakan ‘penyelesaian dua negara’, memulihkan hak bangsa Palestin, menubuhkan negara Palestin yang merdeka.”

  

Demikian dinyatakan oleh Presiden China Xi Jinping dalam sidang kemuncak video luar biasa BRICS mengenai isu Palestin-Israel kelmarin.

 

Pada masa yang sama, delegasi bersama menteri luar negara Arab dan Islam mengadakan kunjungan ke Beijing pada hari Isnin. Pilihan mereka yang menjadikan China sebagai destinasi pertama mencerminkan rasa percaya terhadap China dan tradisi kedua-dua pihak yang saling memahami dan menyokong.

 

Naib Presiden China Han Zheng dan Menteri Luar China Wang Yi dalam pertemuan dengan delegasi tersebut menegaskan bahawa China sebagai Pengerusi Bergilir Majlis Keselamatan PBB bagi bulan ini akan terus menjalankan penyelarasan dengan negara-negara Arab dan Islam, menggalakkan Majlis Keselamatan mengambil tindakan signifkan mengenai situasi Gaza. Masalah Palestin merupakan isu teras masalah Asia Barat. Tiada penyelesaian yang adil berhubung masalah Palestin, tiada kedamaian yang berkekalan di Asia Barat.

 

Menteri Luar Indenesia, Retno Lestari Priansari Marsudi mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas Hospital Indonesia di Gaza, dan menyeru semua negara, terutamanya yang menjalin hubungan baik dengan Israel, menggunakan semua pengaruh dan kemampuan untuk menggesa Israel menghentikan kekejamannya.

 

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga secara terus-terang mengecam kekejaman Israel dan menyeru dunia tidak boleh berdiam lagi atas krisis kemanusiaan di Gaza di depan Joe Biden dan Antony Blinken dalam Sidang Kemuncak APEC.

 



 

Perkara yang paling mendesak pada masa ini adalah semua pihak terlibat dalam konflik itu melaksanakan gencatan senjata dengan serta merta, menghentikan semua kekerasan dan serangan terhadap orang awam, membebaskan orang awam yang ditahan, dan mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.

 

Menjamin keselamatan dan kelancaran saluran bantuan kemanusiaan, supaya penduduk Gaza dapat memperoleh lebih banyak bantuan kemanusiaan. Menghentikan semua tindakan hukuman kolektif ke atas penduduk Gaza seperti pemindahan paksa, putus bekalan air, elektrik dan minyak. Masyarakat antarabangsa juga diseru mengambil tindakan praktikal untuk mencegah konflik daripada meluas sehingga menjejaskan kestabilan seluruh rantau Asia Barat.

 

Usaha masyarakat antarabangsa tidak bermakna sia-sia belaka, Israel dan Hamas mencapai kata sepakat untuk melaksanakan gencatan senjata buat sementara. Jelas, sesetengah negara yang mempunyai hubungan baik dengan Israel dan mampu memberi pengaruh terhadap negara itu telah menghadapi tekanan besar dari masyarakat antarabangsa dan terpaksa mengambil tindakan untuk meredakan ketegangan situasi.

 

Bagaimanapun, gencatan senjata sementara tidak mencukupi. Tata tertib antarabangsa tidak boleh tergantung kepada sikap sesetengah kuasa besar. Asasnya adalah undang-undang antarabangsa yang dilengkapi selepas WWII. Bagaimanapun, seperti satu komen yang mendapat sokongan ramai di platform X,

 

“Undang-undang antarabangsa telah terbunuh di Hospital Al-Shifa, sisa mayatnya tersebar di bawah runtuhan Hospital Al-Rantisi dan Al-Ahli Arab Baptist.”

 

Bagaimana memulihkan kewibawaan undang-undang antarabangsa dan tata tertib antarabangsa?

 

Menurut Satria, ia mesti dimulakan dengan pelaksanaan “penyelesaian dua negara”.

 

Isu pusat penempatan orang Yahudi yang mencerobohi wilayah Palestin mesti ditangani secara adil. Menjadikan penduduk awam negara sendiri sebagai penjajah di tanah negara lain, ini bukan dasar yang bertanggungjawab, sebaliknya mengakibatkan rakyat sendiri  terdedah kepada keadaan yang bahaya.

 

Pelarian orang Palestin mesti diizinkan kembali ke kampung halaman. Kehidupan orang Palestin perlu terjamin di bawah rangka undang-undang antarabangsan, bukanlah tergantung kepada “baik budi” Israel. Dan sesiapa pun yang melaksanakan pembunuhan besar-besaran terhadap penduduk awam dan melakukan genosid perlu dijatuhkan hukuman.