Menteri Luar Perancis akan Lawat China

2023-11-23 12:54:59  CRI
Share with:

Menteri Luar Perancis Catherine Colonna akan mengadakan lawatan ke China dan menghadiri mesyuarat ke-6 Mekanisme Pertukaran Sosiobudaya Peringkat Tinggi China-Perancis pada 23 hingga 24 November.

Lawatan beliau adalah atas undangan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Menteri Luar Wang Yi, kata jurucakap Kementerian Luar Mao Ning dalam sidang media di Beijing pada Rabu.