Latihan Bersama "Aman-Youyi 2023" Cerminkan Kesalingpercayaan Tinggi Negara Serantau
China, Malaysia, Kemboja, Laos, Thailand dan Vietnam mengadakan latihan bersama "Aman Youyi - 2023" di sekitar Laut China Selatan dari 13 hingga 22 November.
Menurut data rasmi, jumlah negara yang mengambil bahagian dalam latihan kali ini meningkat satu kali ganda berbanding terdahulu. Semua negara yang terlibat dalam latihan kali ini adalah negara pemateri Deklarasi Tata Laku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan. Antaranya Laos, Vietnam, dan Kemboja buat julung kalinya terlibat dalam latihan tersebut.
Di samping itu, negara-negara terlibat menghantar pasukan khas untuk menyertai latihan kali ini. Pasukan latihan juga dibentukkan berdasarkan tugas dan bukan negara. Ini mencerminkan tahap kesalingpercayaan strategik tinggi antara negara-negara peserta.
Selain itu, latihan bersama kali ini memfokuskan kepada operasi ketenteraan bukan perang, lebih-lebih lagi tertumpu kepada operasi antikeganasan, memerangi lanun, dan cabaran keselamatan yang dihadapi oleh negara-negara di Laut China Selatan.