Gencatan Senjata akan Dikuatkuasakan pada Jumaat, kata Mesir

2023-11-24 11:48:26  CRI
Share with:

Pengerusi Jabatan Penerangan Mesir Diaa Rashwan pada Khamis mengesahkan bahawa perjanjian gencatan senjatan akan dikuatkuasakan di Genting Gaza bermula pada pukul 7.00 pagi Jumaat waktu tempatan.

Menurut beliau, Mesir telah menerima senarai tahanan dari kedua-dua pihak Palestin dan Israel, dan tahanan tersebut akan dibebaskan pada petang hari pertama gencatan senjata dilaksanakan pada Jumaat ini. 

Di samping itu, beliau menyeru kedua-dua pihak Palestin dan Israel agar melaksanakan perjanjian itu mengikut jadual.