Aero Asia 2023 Dirasmikan di Zhuhai

2023-11-24 15:17:53  CRI
Share with:

Pameran Aero Asia 2023 dirasmikan di Zhuhai, selatan China pada Khamis. 

Sejumlah teknologi dan produk paling canggih serta hasil terkini dalam bidang penerbangan awam akan dipamerkan.

Upacara perasmian pameran itu diserikan dengan kehadiran beberapa pasukan aerobatik yang mempersembahkan pertunjukan menarik. 

Pameran kali ini berlangsung selama empat hari. Kawasan pameran statik disertai lebih 250 perusahaan dari kira-kira 20 negara dan wilayah.