Sanya akan Jadi Tuan Rumah Persidangan Benih Asia 2024

2023-11-24 15:19:14  CRI
Share with:

Persidangan Benih Asia ke-28 yang diadakan di Pusat Konvensyen Christchurch, New Zealand pada 23 November mengumumkan bahawa Persidangan Benih Asia ke-29 akan diadakan di bandar Sanya, selatan China pada tahun 2024. 

Dalam persidangan tersebut, bendera persidangan diserahkan oleh Ketua Pengurus Persatuan Perdagangan Bijian dan Benih New Zealand kepada wakil Persatuan Benih Asia Pasifik, sebelum diberikan kepada ketua rombongan China, iaitu wakil bandar Sanya.

Persidangan Benih Asia merupakan perhimpunan tahunan penting bagi Persatuan Benih Asia. Ia menyediakan platform bagi perusahaan dan institusi benih dari serata dunia untuk mengadakan perbincangan teknologi, pameran benih dan anak pokok serta rundingan perniagaan.