Gencatan Senjata Berkuatkuasa di Gaza
Gencatan senjata antara Hamas dengan Israel berkuatkuasa di Genting Gaza bermula pada pukul 7.00 pagi Jumaat waktu tempatan.
Media tempatan melaporkan, dalam beberapa jam sebelum penguatkuasaan perjanjian gencatan senjata itu, bunyi siren serangan roket kedengaran di pekan Israel yang berhampiran dengan Gaza. Sementara itu, tentera pertahanan Israel pula melancarkan serangan sengit terhadap Gaza.
Seramai 13 orang tebusan Israel akan dibebaskan dari Gaza pada pukul 4.00 petang Jumaat. Susulan itu, banduan Palestin yang dipenjarakan di Israel akan dibebaskan, namun angka terperinci masih belum diketahui.
Menurut perjanjian yang dicapai Hamas dan Israel, sekurang-kurang 50 wanita dan kanak-kanak Israel serta 150 banduan Palestin akan dibebaskan dalam empat hari akan datang.
Dalam tempoh gencatan senjata sementara itu, bahan bakar dan barang-barang bantuan kemanusiaan akan dibenarkan masuk ke Genting Gaza.