Ekspo Perdagangan Digital Global Pamer Kedinamikan Inovasi

2023-11-24 12:54:17  CRI
Share with:

Ekspo Perdagangan Digital Global edisi kedua berlangsung di Hangzhou, provinsi Zhejiang pada 23 hingga 27 November.

Bertemakan 'Digital Trade, Global Access', ekspo itu meliputi kawasan seluas 100,000 meter persegi dengan empat seksyen utama disediakan iaitu mesyuarat, pameran, platform dan aktiviti.

Acara berkenaan menyaksikan kehadiran kira-kira 1,000 wakil dari 63 buah negara dan wilayah serta 68 organisasi antarabangsa dan persatuan perniagaan asing.

Lebih 800 perusahaan dagangan digital termasuk 50 buah syarikat Fortune Global 500 menyertai ekspo kali ini secara fizikal.

Pengunjung dalam dan luar talian berpeluang untuk mendekati lebih 100 teknologi, produk, perkhidmatan serta senario aplikasi pendigitalan baharu yang membuat debut sempena ekspo berkenaan.