Operasi Ketenteraan terhadap Hamas Tidak akan Dihentikan, kata Israel

2023-11-25 15:05:48  CRI
Share with:

Pertukaran tahanan pusingan pertama antara Hamas dengan Israel diselesaikan pada Jumaat waktu tempat berikutan penguatkuasaan perjanjian gencatan senjata sementara di Genting Gaza pada hari yang sama.

Walau bagaimanapun, jurucakap tentera pertahanan Israel Daniel Hagari pada Sabtu mendakwa bahawa gencatan senjata itu hanya untuk sementara waktu semasa pertukaran tahanan. Israel tidak akan menghentikan operasi ketenteraan terhadap Hamas hingga rejim itu dihapuskan dan semua tebusan dibebaskan.