Ding Xuexiang akan Hadir Sidang Kemuncak Tindakan Iklim Dunia di UAE

2023-11-25 14:25:28  CRI
Share with:

Wakil Khas Presiden China Xi Jinping, Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Naib Perdana Menteri Ding Xuexiang akan menghadiri Sidang Kemuncak Tindakan Iklim Dunia di Emiriah Arab Bersatu (UAE), dari 30 November hingga 2 Disember.

Kehadiran beliau pada sidang kemuncak itu adalah atas undangan Presiden UAE Mohammed bin Zayed al-Nahyan, kata jurucakap Kementerian Luar Mao Ning dalam sidang media di Beijing baru-baru ini.